Bengkel 4 hari 3 malam ini diadakan pada 7 hingga 10 Ogos 2012 bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam. Seramai lebih kurang 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai BPI dan juga pegawai daripada Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pelajaran Negeri, KPM. Bengkel ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ustaz Nor Azam bin Abdullah, Ketua Unit Pengembangan Pendidikan Islam dan Latihan, IPPI pada jam 5.00 petang pada hari pertama bengkel. Bengkel ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abrar bin Idris, Ketua Sektor IPPI BPI pada sesi kedua yang diadakan selepas selesai solat terawikh.
Hari kedua bengkel ini dimulakan dengan Mesyuarat JK Pembangunan Profesional yang dipengerusikan oleh Ustazah Norhayati bt. L. Isa, Timbalan Pengarah PPI, BPI. Beliau mewakili Tuan Pengarah BPI yang tidak dapat hadir ke bengkel ini kerana menghadiri program lain di Kelantan. Slot kedua adalah perbincangan bersama semua peserta mengenai pengurusan duit SAR KAFA untuk aktiviti latihan. Dalam perbincangan ini, beberapa orang peserta membentangkan aktiviti yang telah dilaksanakan dan peserta yang lain memberikan respon, cadangan untuk penambaikan program tersebut. Perbincangan ini dikendalikan oleh Tuan Haji Abrar b. Idris.